Saturday, October 12, 2013

iman.

PRINCESS HUMAIRA' (aira)
iman yang bagi nama ni kat aira. katanya , pipi aira merah. iman. orang yang selama ni banyak bagi semangat untuk aira. aira kenal iman sejak tingkatan satu. rasanya aira dah pernah inform dulu. dah pernah post pasal iman. aira minta sedikit rasa cinta aira kepada Allah untuk diberikan kepada iman. aira cinta iman ikhlas kerana Allah. iman banyak bagi ilmu agama yang iman ada untuk aira. iman tak sekacak hot stuf kat luar sana. bukan itu yang aira cari. aira rasa Allah hantar iman untuk aira. kenapa aira cakap macam tu ? sebab first time aira tertengok iman , aira tak nampak wajah iman. aira hanya dapat tengok belakang badan iman saja. aira dah jatuh cinta.

mungkin masa tu orang kata 'cinta' yang aira katakan hanya cinta monyet. aira ada terfikir macam itu juga pada mulanya. tapi bila iman jauhkan diri dia daripada aira tiga kali , aira tak dapat nak lupakan iman. aira berdoa Allah satukan aira kembali dengan iman. walaupun ambil masa selama sembilan bulan untuk Allah makbulkan doa aira , tapi aira bersyukur sebab Allah makbulkan juga doa aira. Alhamdulillah.

tapi , sekarang bila umur aira dah nak mencapai 20 tahun , aira rasa perasaan ini bukan lagi cinta monyet kan ? jujurnya , iman pun anggap serious tentang relationship ni. mungkin terlalu awal tapi untuk kebaikan bersama untuk hindarkan diri daripada terjebak dengan zina. perancangan nak berkahwin tu memang ada. iman kata sabarlah , iman dalam usaha kumpul duit. insyaAllah dengan izin Allah. moga Allah permudahkan.

iman. aira percaya dengan ketetapan jodoh aira. tapi , aira berharap iman jodoh yang Allah tentukan untuk pimpin aira ke jalan Allah. mama abah pun dah restu hubungan kita. malah , ustazah aira pun mendoakan yang terbaik untuk kita. ustazah kata , perasaan suka aira datang dari dalam hati. ustazah kata tengok dari segi agama , boleh atau tidak bawa aira ke jalan Allah. aira rasa iman cukup semua itu. mungkin iman tidak sesempurna seorang ustaz. tapi , cukup dengan bekalan agama dan berusaha untuk mempelajari agama sebanyak yang mungkin.

iman , aira harap aira dapat khatam Al-Quran sama-sama dengan iman sekali lagi untuk tahun ini. amin.

cintai Allah sepenuh hati.

LA TAHZAN INNAALLAH HAMA'ANA

No comments:

Post a Comment