Tuesday, December 10, 2013

lost.

i'm gonna to lost my new bestie..
hmm..already lost actually..
pengenalan kami secara tidak disangka..boleh dikatakan setiap tahun kami akan berhubung..dan..kami akan lost contact...aira pun tak tahu kenapa..kebetulan mungkin..selalunya dia akan hantar text wish selamat hari raya dan kami akan berhubung setiap hari..sampai satu tahap kami akan lost contact camtu ja...mungkin tu cara kami berhubung..aira pun tak tahu..biarlah...bestie aira ni kawan sekolah rendah aira...masa sekolah rendah dulu kami tak pernah cakap sepatah pekataan pun..tengok muka pun tak..tapi bila masuk form 4 aira buat facebook , nak cari kawan-kawan lama aira...masa tu la start jadi agak rapat..dia baik..dia agak profesional sebenarnya..aira anggap dia macam idola untuk aira berjaya..yea..dia pandai..dia selalu bagi aira support..dia ajar aira banyak benda yang aira tak pernah terfikir..dia kawan yang baik..dia tak pernah marah aira..yes..tu yang aira paling suka pasal dia..thankz kawan..i miss you...PANDA ajushii


Saturday, October 12, 2013

iman.

PRINCESS HUMAIRA' (aira)
iman yang bagi nama ni kat aira. katanya , pipi aira merah. iman. orang yang selama ni banyak bagi semangat untuk aira. aira kenal iman sejak tingkatan satu. rasanya aira dah pernah inform dulu. dah pernah post pasal iman. aira minta sedikit rasa cinta aira kepada Allah untuk diberikan kepada iman. aira cinta iman ikhlas kerana Allah. iman banyak bagi ilmu agama yang iman ada untuk aira. iman tak sekacak hot stuf kat luar sana. bukan itu yang aira cari. aira rasa Allah hantar iman untuk aira. kenapa aira cakap macam tu ? sebab first time aira tertengok iman , aira tak nampak wajah iman. aira hanya dapat tengok belakang badan iman saja. aira dah jatuh cinta.

mungkin masa tu orang kata 'cinta' yang aira katakan hanya cinta monyet. aira ada terfikir macam itu juga pada mulanya. tapi bila iman jauhkan diri dia daripada aira tiga kali , aira tak dapat nak lupakan iman. aira berdoa Allah satukan aira kembali dengan iman. walaupun ambil masa selama sembilan bulan untuk Allah makbulkan doa aira , tapi aira bersyukur sebab Allah makbulkan juga doa aira. Alhamdulillah.

tapi , sekarang bila umur aira dah nak mencapai 20 tahun , aira rasa perasaan ini bukan lagi cinta monyet kan ? jujurnya , iman pun anggap serious tentang relationship ni. mungkin terlalu awal tapi untuk kebaikan bersama untuk hindarkan diri daripada terjebak dengan zina. perancangan nak berkahwin tu memang ada. iman kata sabarlah , iman dalam usaha kumpul duit. insyaAllah dengan izin Allah. moga Allah permudahkan.

iman. aira percaya dengan ketetapan jodoh aira. tapi , aira berharap iman jodoh yang Allah tentukan untuk pimpin aira ke jalan Allah. mama abah pun dah restu hubungan kita. malah , ustazah aira pun mendoakan yang terbaik untuk kita. ustazah kata , perasaan suka aira datang dari dalam hati. ustazah kata tengok dari segi agama , boleh atau tidak bawa aira ke jalan Allah. aira rasa iman cukup semua itu. mungkin iman tidak sesempurna seorang ustaz. tapi , cukup dengan bekalan agama dan berusaha untuk mempelajari agama sebanyak yang mungkin.

iman , aira harap aira dapat khatam Al-Quran sama-sama dengan iman sekali lagi untuk tahun ini. amin.

cintai Allah sepenuh hati.

LA TAHZAN INNAALLAH HAMA'ANA

Friday, October 11, 2013

Ujian Allah.

Assalamualaikum.
hari ini hari yang menyedihkan untuk aira.. aira tak berminat untuk kongsi kesedihan aira ni sebenarnya. tapi , aira tak tahu nak luahkan nak cerita pada siapa.
Princess Humaira' be a good listener for me please =(
thank you dear.

hari ini kakak aira selamat sampai dari UM. yea , aira memang happy bila dia balik. i call her ALONG. along ada bagi tahu on call hari tu yang kawan dia dah berhijrah lagi. alhamdulillah. kawan dia berhijrah dari pada mulanya pakai tudung bidang 50 kepada tudung bidang 60. so, kawan dia nak bagi semua tudung dia yang bidang 50 kat aira. alhamdulillah , syukur. petang tadi aira try tengok tudung-tudung tu depan mama and along. along cakap kat aira "hang kalau nak pakai tudung-tudung labuh yang ada corak-corak ni pergi Appolo tak apa la. tapi jangan pakai masa nak keluar jalan-jalan , huduh . hang tu dah la old fasion." Allah , terasanya. sedih. aira memang tak kisah apa orang nak kata tentang fasion aira. biarlah tak cantik kat mata orang. Asalkan aira dapat keberkatan daripada Allah.

lepas that moment, aira bagitahu iman yang aira rasa iman tak suka pun cara fasion aira. aira rasa iman suka aira sebab iman kasihankan aira. dari umur aira yang bakal mencecah 20 tahun ni, aira fikir kalau aira pakai old fasion sekalipun, orang tak suka rapat dengan aira , insyaAllah aira rasa aira akan kahwin juga. cepat atau lambat saja. tak pernah lagi aira dengar banyak wanita tutup aurat sampai berpurdah tak kahwin. tak mungkin. kerana Allah akan memudahkan segala urusan hambanya yang mentaati perintahNya. aira percaya pada Qada dan Qadar Allah.

Aira dah mula bersedia dengan kata-kata orang. InsyaAllah.

Cintai Allah sepenuh hati.

LA TAHZAN INNAALLAH HAMA'ANA =)

Thursday, October 10, 2013

look forward.

Bila aira fikir balik. aira tak mau gaduh dengan orang. aira tahu bila bergadunh , apa pun kita tak akan dapat. malah , sakit lagi ada la. betul kan apa aira cakap ? tired. seriously damn tired. so , please. forgive my fault. kau pun tolong la jangan suka cari salah aira , cari kelemahan aira. kalau kau rasa kau lagi bagus dari aira semester ni , bertanding la dengan cara baik , cara sihat. kau tak rasa ka perbuatan kau ni akan buatkan orang sekeliling kau takut and menyampah nak kawan dengan kau ? tolong fikir positif okey. doa agar kita satu kelas dapat sambung degree kat universiti.

Okey, hari ni aira tak ada cerita yang menarik. cuma, tu lah. exam. around the corner. try hard to target 3.5 pointer and above. amin. dengan izin Allah. aira nak capai cita-cita aira. aira nak sambung degree dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak. kalau Allah izinkan. harapan aira dapat sambung degree dekat KL juga. sama-sama along. amin.

cinta Allah sepenuh hati , jiwa , dan sanubari =)

LA TAHZAN INNAALLAH HAMA'ANA

Wednesday, October 9, 2013

countdown ..

dup dap dup dap.. haa dengar tak jantung aira niee... dia xsabar nak ambik exam tahu..hehehe..subhanaAllah..cepat saja masa berlalu...aira dah nak ambil exam STPM semester 3..maknanya..aira akan tamat sekolah dalam masa kurang dari dua bulan..kali ni memang habis sekolah dah..xda form 7 ka form 8 ka..hehehe..alhamdulillah..segalanya berserah pada takdir aira yang Allah dah tentukan..26 hari lagi..debarannya terasa tahu..sebenarnya semalam aira ada mimpi..aira tahu Allah bagi petunjuk untuk aira lebih struggle study ataupun hanyalah permainan syaitan..aira mimpi aira tak dapat tawaran sambung belajar kat universiti..subhanaAllah..sedihnya aira rasa..aira berdoa agar Allah permudahkan aira dan makbulkan doa aira untuk melanjutkan pelajaran kat IPTA..amin..aira ada bagi tahu mama tentang mimpi aira..mama cakap..sabarlah angah..kalau ada rezeki Allah bagi Alhamdulillah..kalau Allah tak bagi rezeki..kita kena terima dengan redha..aira tahu mama risau..mama sedih..mama..angah minta maaf buat mama sedih..mama doakan aira yea..aira sayang mama dunia akhirat.. cintalah Allah sepenuh hati milikNya.. LA TAHZAN INNAALLAH HAMA'ANA..

Tuesday, October 8, 2013

puas hati sayaa =)

baru-baru nie aira dapat tahu si busuk hati tu kata lagi kat aira..aira xtahu kepada..why..apa masalah dia dengan aira..by the way..conclusionnya..aira buat keputusan untuk ignore dia ja..berkat doa kawan-kawan..cikgu yuhanis kesayangan aira..and cikgu halim plus mama..aira dapat protect diri aira dari berjumpa dia time free kat sekolah..aira tahu dah nak exam..lepas tu aira xkan jumpa dia lagi..aira kena berkorban..for my future.. well actually , aira pernah rasa nak tumpu pada ilmu Allah ja..xmahu belajar dah..sebab Allh xbagi rezeki lagi..tapi bila aira pikir balik , ilmu dunia juga ilmu Allah..tuntut ja ilmu ikhlas kerana Allah..tugas aira hanya belajar..rezeki biar Allah yang bagi..DIA maha mengetahui..kalau aira xdapat kejayaan dalam ilmu dunia..aira harap sangat insyaAllah aira dapat ilmu akhirat..dapat keberkatan dari Allah permudahkan aira di akhirat nanti.. LA TAHZAN INNAALLAH HAMA'ANA.. cinta hambamu ini hanyalah kepadamu Ya Allah..